
Pengarah Hussein Omar Khan, berkata dalam operasi pada 3 dan 5 Okt itu, polis turut menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun, serta merampas dua kenderaan dengan nilai sitaan RM129,000.
Beliau berkata, dua lelaki dan seorang perempuan ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, sebelum pemeriksaan di premis itu menemukan 115 bungkusan plastik berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 112.23kg serta 43 peket plastik berisi ketulan ganja 4.72kg.
“Serbuan kedua di tepi jalan sekitar Petaling Jaya pula membawa kepada penahanan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama 12 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 12.52kg.
“Suspek berikutnya iaitu seorang lelaki dan wanita telah ditahan dalam serbuan ketiga di sebuah hotel sekitar Selayang, sebelum pemeriksaan di dalam bilik berkenan menemukan dua bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 2.1kg,” katanya menurut Bernama di Shah Alam.
Hussein berkata, tangkapan di Selayang membawa kepada rampasan 40 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 41.56kg, disimpan dalam kereta Toyota Vios di kawasan parkir sebuah kondominium di Petaling Jaya.
Beliau berkata, sindiket tersebut dikesan bergiat aktif sejak awal September lalu itu dipercayai menjadikan Lembah Klang sebagai lokasi pengedaran, selain pasaran luar negara terutamanya negara Eropah, menggunakan mata wang Euro.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan negatif daripada sebarang jenis dadah, namun empat daripadanya masing-masing memiliki 18, lapan, enam, dan tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.
Hussein berkata, semua suspek warga tempatan itu masing-masing direman 4 hingga 19 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.