Pelakon lelaki positif dadah direman

Pelakon lelaki positif dadah direman

Suspek berusia 40-an direman tiga hari.

handcuff
Terdahulu media melaporkan pelakon berusia 40-an dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari hingga esok.
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan penahanan seorang pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Ya. Saya sahkan ada penahanan itu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan pelakon berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan direman tiga hari hingga esok.

Menurut sumber, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing didapati positif.

Sumber turut mendakwa kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Difahamkan, pelakon itu akan didakwa dalam masa terdekat.

Pelakon itu pernah ditahan berkaitan dadah dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman terhadapnya selepas didapati bersalah menggunakan THC.

Bagaimanapun, dia terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkannya membayar denda RM5,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.