
Polis menerima laporan pada 8 malam dan kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama kakak dan abangnya melalui Jalan Bakawali untuk ke pasar itu.
Ketua Polis Hulu Selangor, Ibrahim Husin, berkata tiba-tiba mereka didatangi suspek yang tidak dikenali menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya.
“Suspek bertindak memukul mangsa menyebabkan kecederaan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, hasil siasatan polis menahan suspek berusia 23 tahun yang juga penganggur di rumahnya di Bukit Sentosa.
Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau namun ujian air kencingnya positif dadah.
“Permohonan reman terhadapnya sudah dilakukan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.