
Tertuduh, Nor Aidah Baba, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan, Nor Aidah ketika berkhidmat sebagai guru besar di Kuala Langat telah pecah amanah wang sumbangan MyKasih Foundation bernilai RM16,525.45 dengan menjadikannya harta itu bagi kegunaannya sendiri.
Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat di sekolah rendah itu pada 3 Dis 2020 dan hadapan sebuah cawangan bank di Telok Panglima Garang pada 11 Jan 2021, lapor Kosmo.
Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, sebat, dan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmaa’ Zamri, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Fadhilah Zainuddin.
Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri sekali setiap bulan di Pejabat SPRM Selangor dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebutan semula kes dijadual 14 Okt.