Simpanan RM211,000 lebur, pengurus rugi ditipu pelaburan tak wujud

Simpanan RM211,000 lebur, pengurus rugi ditipu pelaburan tak wujud

Mangsa melihat iklan pelaburan menjanjikan pulangan tinggi di Facebook sebelum berhubung dengan seorang wanita di WhatsApp.

scammers
Mangsa berasa ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan dan tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburannya, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
KUANTAN:
Seorang pengurus perkhidmatan sebuah hotel di sini kerugian RM211,000, selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian, bulan lepas.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 49 tahun itu, melihat iklan pelaburan menjanjikan pulangan tinggi di Facebook sebelum berhubung dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diberikan pautan untuk menyertai pelaburan dan membuat enam transaksi ke dua akaun antara 4 hingga 11 Jun menggunakan wang simpanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu bagaimanapun berasa ditipu selepas perlu membuat bayaran tambahan dan tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut.

Mangsa membuat laporan di IPD Kuantan semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.