Polis temu dadah di rumah TPR SPRM

Polis temu dadah di rumah TPR SPRM

Pegawai itu baru sahaja seminggu melapor diri bertugas ditahan di kediamannya semalam.

macc sprm
SPRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang susulan penahanan seorang timbalan pendakwa rayanya disyaki kes dadah.
PETALING JAYA:
Seorang timbalan pendakwa raya (TPR) yang baru seminggu melapor diri bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis dipercayai terbabit kes dadah.

SPRM dalam kenyataan, berkata pegawai terbabit ditahan semalam di kediamannya dan pemeriksaan lanjut menemui bahan terlarang disyaki dadah.

“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh,” kata suruhanjaya itu.

SPRM turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, salah laku atau jenayah dalam kalangan warga kerjanya.

“SPRM komited untuk memastikan integriti dan tata kelola organisasi sentiasa terpelihara,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.