Ahli majlis PBT mengaku tak salah tuduhan merogol

Ahli majlis PBT mengaku tak salah tuduhan merogol

Muhammad Jaya Murugan Abdullah, 47, dituduh merogol pekerjanya di sebuah kedai dobi di Kuala Krai, Kelantan, 29 Mei lalu.

Hakim menetapkan 15 Julai depan untuk sebutan semula kes babit Muhammad Jaya Murugan Abdullah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol seorang wanita, hujung bulan lalu.

Muhammad Jaya Murugan Abdullah, 47, dituduh di hadapan Hakim Zulkifli Abllah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang juga peniaga didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pekerjanya tanpa kerelaan di sebuah kedai dobi di Kuala Krai, kira-kira 2 petang 29 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Kamarul Hasyime mencadangkan jaminan RM30,000 dengan beberapa syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa.

Ariff Azami memohon ikat jamin RM15,000 kerana anak guamnya menggalas tanggungjawab sebagai ketua komuniti India dan mempunyai 12 anak, termasuk anak tiri.

Zulkifli menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan 15 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.