Suri rumah mengaku bersalah terima deposit RM23,000 tanpa lesen

Suri rumah mengaku bersalah terima deposit RM23,000 tanpa lesen

Nurmaisarah Azman, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank pada 15 Julai hingga 14 Ogos tahun lepas.

Gavel judge
Nurmaisarah Azman, 36, didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. (Gambar Envanto element )
KOTA BHARU:
Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah dalam akaunnya berjumlah RM23,000 tahun lepas.

Nurmaisarah Azman, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Mahmood pada 15 Julai hingga 14 Ogos tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta yang sama, iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili Nabila Mohd Noordin selaku peguam.

Ahmad Faiz Fitri memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan, sementara Nabila meminta agar anak guamnya dikenakan jaminan yang minimum.

Menurutnya, Nurmaisarah mempunyai empat anak dan tiada risiko untuk melarikan diri kerana menetap di Kelantan.

Hakim Zulkifli Abllah kemudiannya menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu mematuhi syarat ditetapkan termasuk melapor diri di balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.