
Ketua Polis Bintulu Nixon Joshua Ali, berkata semua suspek berjaya ditahan di Miri.
“Semua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan usaha mengesan suspek lain masih diteruskan.
“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan.
Insiden sekitar 1 pagi itu menyaksikan mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di depan sebuah pusat hiburan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Bintulu dan susulan kejadian, polis segera melancarkan siasatan serta berjaya menahan suspek dalam tempoh kurang 24 jam.
Nixon berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk jenayah serta komited untuk membawa semua individu yang terlibat ke muka pengadilan dan menggesa orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu kerana siasatan masih dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318 304.