
Laporan dibuat Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Nasser Abdul Wahid selepas artikel disiarkan Sabahkini2 itu turut mendakwa beliau menipu dan menyalahguna kuasa sehingga sanggup membayar RM85 juta setahun kepada projek Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) Libaran.
Menurutnya, pelbagai tuduhan palsu adalah tidak berasas dan beliau menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang terkandung dalam artikel berkenaan.
Dalam satu kenyataan, ECoS berkata artikel terbabit dilihat mempunyai niat jahat untuk mencemarkan nama baik Abdul Nasser dan merosakkan reputasi ECoS sebagai badan pengawal selia yang berwibawa.
“Segala tindakan yang diambil adalah berdasarkan undang-undang, peraturan, dasar dan prosedur rasmi yang telah ditetapkan oleh termasuk melaksanakan keputusan Majlis Tenaga Sabah sepertimana yang dimandatkan oleh Kabinet negeri,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga berkata artikel terbabit juga didapati cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan negeri secara keseluruhannya.
“Tuduhan-tuduhan yang dikemukakan dalam artikel itu bukan hanya bersifat fitnah tetapi malah berpotensi menjejaskan kepercayaan awam terhadap tadbir urus tenaga di negeri ini,” katanya.
Ia turut mendesak siasatan terperinci dilakukan terhadap pengendali dan penulis portal berkenaan selain mempertimbangkan tindakan sivil terhadap ‘kerugian dan kerosakan reputasi’ dialami oleh Abdul Naseer dan ECoS.