
Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili berkata, IPD Sibu menerima satu laporan daripada mangsa berusia 40an dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menipu.
Menurut Zulkipli, mangsa terjebak selepas tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook, lalu menekan pautan yang disertakan.
Dia kemudian dimuat naik ke aplikasi itu dan membuat beberapa transaksi pembayaran ke tiga akaun tempatan berjumlah keseluruhan RM89,500.
“Sepanjang tempoh pelaburan, mangsa hanya berjaya membuat dua pengeluaran berjumlah RM1,000 sebelum diarahkan membuat bayaran tambahan kononnya untuk mengeluarkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Mangsa yang kemudian berasa curiga dan menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis.
Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.