Terpedaya individu menyamar ‘suami’, guru tadika rugi RM100,000

Terpedaya individu menyamar ‘suami’, guru tadika rugi RM100,000

Wanita berusia 52 tahun buat laporan polis selepas dapat tahu akaun WhatsApp suaminya digodam.

scammers
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, mangsa buat laporan polis semalam.
PETALING JAYA:
Seorang guru tadika rugi RM100,000 selepas terpedaya dengan mesej WhatsApp dipercayai dihantar ‘suaminya’.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, mangsa berusia 52 tahun itu diminta meminjamkan wang bagi membantu ‘suaminya’, seorang pengurus besar syarikat swasta di sini, dalam urusan perniagaan atas alasan akaun bank miliknya tidak dapat digunakan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa melakukan tujuh transaksi pindahan wang ke tiga akaun berbeza berjumlah RM100,000 pada Jumaat lepas,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Bagaimanapun, selepas mangsa melakukan transaksi barulah dia bertanya mengenai perkara itu kepada suaminya yang berada di China selama seminggu, dan dimaklumkan bahawa nombor WhatsApp suaminya telah digodam.

Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis semalam.

Raub berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti suspek serta mengesan dan menangkap pihak terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.