
S Vinudharan, 26, membut pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.
Tertuduh didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan dan kematian Erwan Idris serta Putra Norsyaqir Putrawirawan, masing-masing berusia 16 tahun, di Jalan Krubong Permai, Melaka Tengah pada 9.53 malam 24 Dis 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memiliki lesen tidak kurang lima tahun, dengan lesennya digantung mulai tarikh pertuduhan pertama kali dibacakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib menawarkan jaminan RM16,000 sementara menunggu perbicaraan selesai.
Peguam MX Koh merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya bekerja sebagai pemandu lori di pasar borong dengan gaji RM60 sehari dan akan berkahwin minggu depan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM6,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 27 Jan depan.