31 maut letupan di tempat ibadat Syiah

31 maut letupan di tempat ibadat Syiah

Letupan itu berlaku di sebuah Imambargah di kawasan Shehzad Town, Islamabad.

Sekurang-kurangnya 31  maut, manakala 169 cedera dalam letupan di tempat ibadah bagi penganuh Syiah. (Gambar APF)  
ISLAMABAD:
Angka kematian akibat letupan di sebuah tempat ibadah di ibu negara Pakistan, Islamabad, pada Jumaat meningkat kepada 31, menurut pegawai, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Letupan itu berlaku di sebuah Imambargah, tempat ibadah bagi penganut Syiah, yang terletak di kawasan Shehzad Town, Islamabad.

Kenyataan oleh pentadbiran daerah Islamabad di platform media sosial X, yang kemudiannya dipadam, mengesahkan jumlah kematian setakat ini adalah 31, manakala 169 lain cedera. Angka ini turut dilaporkan oleh beberapa media tempatan.

Sebelum ini, pentadbiran daerah memaklumkan yang keadaan kecemasan diisytiharkan di hospital apabila operasi menyelamat dimulakan dan lokasi letupan telah dikawal sepenuhnya.

Rakaman video menunjukkan ramai mangsa terbaring di tanah selepas letupan itu.

Menurut laporan Geo News, seorang pengebom meletupkan dirinya ketika cuba dihentikan di pintu masuk tempat ibadah di pinggir ibu negara Pakistan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.