Pemimpin Umno ‘ultra’ beritahu orang Melayu jangan undi ikut kaum

Pemimpin Umno ‘ultra’ beritahu orang Melayu jangan undi ikut kaum

Pemimpin kemerdekaan, VT Sambanthan pertahan Syed Jaafar Albar yang dilabel 'ultra perkauman', menurut buku baharu.

1955 General Elections
Pengundi mengambil bahagian pertama kali memilih pada Pilihan Raya Persekutuan 1955 bagi Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. (Gambar Facebook Sabry Zain)
PETALING JAYA:
Seorang daripada pemimpin kemerdekaan, VT Sambanthan, mempertahankan Syed Jaafar Albar daripada Umno yang dilabel “ultra perkauman” pada 1953 oleh Parti Tindakan Rakyat berpangkalan di Singapura, menurut buku baharu.
VT Sambanthan.

Buku itu menyebut Sambanthan menceritakan di Parlimen berkenaan masa beliau dipilih bertanding di kawasan majoriti Melayu, dan bagaimana Syed Jaafar berkunjung dari kampung ke kampung memberitahu pengundi Melayu, bahawa mereka tidak sepatutnya mengundi berdasarkan garis komunal.

Katanya, Syed Jaafar memberitahu orang Melayu bahawa mereka perlu “memikirkan rakyat sebagai satu” dan masyarakat itu perlu “mengundi atas garis bukan perkauman”, menurut buku “Idealis: Syed Hamid Albar”, biografi anak kepada Syed Jaafar, Syed Hamid Albar.

Usaha Syed Jaafar membawa kepada ribuan orang Melayu di luar bandar keluar mengundi Parti Perikatan, menurut Sambanthan, yang menganggap perpaduan dan keharmonian kaum sebagai prinsip teras sepanjang kerjaya politiknya.

ishab
Buku, “Idealis: Syed Hamid Albar”, biografi Syed Hamid Albar, diterbitkan Ilhambooks.

Sambanthan dipetik berkata, beliau sangat menghormati Syed Jaafar dan menolak sepenuhnya dakwaan aspirasi perkauman dilemparkan terhadapnya.

Syed Jaafar, dikenali sebagai “singa Umno”, dilabel sebagai ultra selain Dr Mahathir Mohamad. Lee Kuan Yew yang pertama kali menggelarkan “ultra” kepada ahli Umno yang radikal mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan Islam.

Syed Jaafar berjuang perbetul ketidakadilan

Buku itu berkata, tidak tepat menggambarkan Syed Jaafar, termasuk pemimpin Melayu lain sebagai ultra. Label sedemikian bersifat propaganda politik dan strategi untuk bukan Melayu menolak orang seperti Syed Jaafar, tulis Noor Hasilah Ismail dan Firdaus Zainal.

“Realitinya, Syed Jaafar Albar berjuang untuk membetulkan ketidakadilan didepani masyarakat Melayu dengan menekankan isu berkaitan ekonomi dan pendidikan tanpa menafikan hak orang lain,” kata mereka.

Anak Syed Jaafar, Syed Hamid, dilantik ke Jemaah Menteri bermula 1990-2009, memegang portfolio melibatkan keadilan, pertahanan, hal ehwal luar, dan dalam negeri.

Biografinya diterbitkan Ilham Books. Ia dilancarkan oleh Mahathir dan tersedia dalam talian di Gerakbudaya dan Ilham Books.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.