
Ketua Polis Padawan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata bilik gerakan terima laporan pada kira-kira 4.40 pagi tadi.
“Tiba di lokasi kejadian, polis menemukan mangsa terbaring di dalam sebuah bilik di unit apartmen tersebut dengan kesan tetakan pada bahagian badan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi,” menurut kenyataan.
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Irwan menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sylvarius Gopog di talian 013-863 7241.