Warga asing ditahan korek mata mangsa ketika gaduh

Warga asing ditahan korek mata mangsa ketika gaduh

Polis berkata siasatan awal mendapati mangsa dikatakan mengganggu suspek, sebelum warga asing itu memukul dan mencederakan kedua-dua matanya.

handcuff
Polis berkata suspek ditahan di lokasi kejadian dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
TASEK GELUGOR:
Polis menahan seorang warga asing bagi membantu siasatan pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan parah selepas bebola mata kirinya dikorek keluar dalam kejadian di Jalan Ara Kuda, di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Hamzah Ahmad, berkata lelaki 28 tahun itu ditahan susulan pergaduhan kira-kira 2 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki berumur 52 tahun itu dikatakan mengganggu suspek, sebelum lelaki asing berkenaan memukul dan mencederakan kedua-dua matanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, lelaki itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini kritikal, manakala suspek yang ditahan di lokasi kejadian kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.