Didakwa amang seksual bayi 5 bulan, buruh mengaku tak salah

Didakwa amang seksual bayi 5 bulan, buruh mengaku tak salah

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap bayi itu di sebuah rumah di Kubang Kerian pada 12.30 tengah hari 24 Julai lalu.

Mahkamah Majistret Kota Bharu
Timbalan pendakwa raya tidak mencadangkan jaminan kerana perbuatan tertuduh ialah jenayah serius dan membabitkan bayi.
PETALING JAYA:
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap bayi perempuan lima bulan pada minggu lalu.

Harian Metro melaporkan Muhammad Irwan Che Leh, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap bayi itu di sebuah rumah di Kubang Kerian pada 12.30 tengah hari 24 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana perbuatannya ialah jenayah serius dan membabitkan bayi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 Ogos ini untuk lantikan peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.