
Keputusan dibuat Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli terhadap tertuduh yang berusia 42 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya, lapor Harian Metro.
Beliau mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala penjara setahun lagi serta empat sebatan bagi pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 16(1) akta sama.
Kedua-dua hukuman itu diarahkan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan hari ini.
Tertuduh juga akan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga anak tirinya di sebuah rumah di Chendering pada 12.15 tengah malam, 19 Julai 2023.
Perbuatan itu dilakukan ketika tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai bapa tiri kepada mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanim Ayim mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Che Muhammad Amir Che Musa.