
Berita Harian melaporkan Mohamad Aswadi Yah, 46, yang dikenali ‘Abuya’ mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Zulkpli Abdullah.
Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang dan sebuah masjid madrasah di Wakaf Bharu antara 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang pada 3 Mac hingga 9 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan memohon ikat jamin RM15,000 bagi setiap pertuduhan, manakala peguam Mohd Irwan Sumadi memohon jaminan minimum kerana anak guamnya mempunyai kes sama sebelum ini.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk semua pertuduhan dan perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak boleh mengganggu saksi.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Nov ini.