
Ketua Polis Barat Daya, Sazalee Adam, berkata kejadian terbabit dilaporkan berlaku di bilik asrama lelaki pusat latihan terbabit, kira-kira 4.30 pagi.
Katanya, tangkapan terhadap suspek berusia 33 tahun itu dilakukan di rumahnya di Sungai Petani, Kedah selepas polis menerima laporan daripada guru besar pada hari sama.
“Semua mangsa adalah murid di sebuah sekolah rendah di Perak yang menghadiri program di pusat latihan terbabit selama dua hari.
“Mangsa menyedari disentuh pada awal pagi hari kejadian sebelum memaklumkan kepada guru pengiring,” katanya pada sidang media, menurut Berita Harian.
Menurutnya, suspek telah direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.