
Anak lelakinya, Muhammad Ali dalam satu mesej memaklumkan keadaan bapanya tiba-tiba merosot.
“Beliau boleh dikatakan tidak sedar keadaan sekeliling dan berada dalam keadaan kritikal.
“Kita doakan yang terbaik,” katanya.
Menurutnya, Syed Husin, 87, kini dirawat di Hospital Selayang.
Syed Husin menjadi timbalan presiden PKR susulan penggabungan Parti Rakyat Malaysia, di mana beliau adalah presiden dan Parti Keadilan Nasional pada 2003.
Pada Dis 1974, Syed Husin, yang ketika itu profesor madya di Universiti Malaya, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan.
Beliau ditahan selama enam tahun susulan protes terhadap kerajaan oleh petani di Baling dan pelajar di Kuala Lumpur.