
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, pelajar lelaki berusia 24 tahun itu cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Melaka.
Dalam kejadian pada 10.42 malam itu, mangsa dilaporkan keluar dari bilik mandi sebelum dikatakan terjatuh dari unit pangsapuri yang disewa bersama lima lagi rakan universitinya.
“Mangsa bagaimanapun terselamat selepas terjatuh di beranda tingkat lima apartmen itu tetapi mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital,” kata Christopher, lapor Bernama.
Mangsa dibawa turun oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital, tambahnya.
Christopher berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan kes buli.
“Mangsa disifatkan sebagai seorang yang baik serta selalu membantu rakan-rakan lain,” katanya.