Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan

Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan

Pasangan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berkait kes bunuh kanak-kanak autisme itu pada Disember tahun lalu.

Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan hilang pada 5 Dis lalu di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai berdekatan rumahnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan mati dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu ditahan polis semalam.

Difahamkan, pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan pada pagi semalam di Puncak Alam.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan ketika dihubungi FMT mengesahkan penahanan pasangan berkenaan.

“Mereka akan direman pada pagi ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.