
Timbalan Ketua Polis Langkawi Samsulmuddin Sulaiman berkata suspek Abas Saari, 22, terjun dari tingkat dua bangunan itu kira-kira pukul 11.35 pagi, sebaik dibawa keluar dari bilik mahkamah selepas selesai prosiding berkaitan kes narkotik.
“Ketika kejadian, suspek yang memakai baju-T berwarna putih dan berseluar pendek oren itu berada dalam keadaan tidak bergari.
“Polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan suspek untuk segera menghubungi IPD Langkawi di talian 04-9663999 atau datang ke balai-balai berdekatan.