Polis nafi banduan larikan diri di Mahkamah Kota Bharu

Polis nafi banduan larikan diri di Mahkamah Kota Bharu

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata lelaki itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan semula polis.

mahkamah kota bharu
Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata lelaki itu cuba melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak rayuan dan mengekalkan hukumannya. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Polis menafikan dakwaan tular di TikTok kononnya seorang banduan berjaya melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Kota Bharu semalam.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata sebenarnya lelaki itu cuba melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak rayuan dan mengekalkan hukumannya, namun berjaya ditahan semula polis.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam, lelaki berusia 30-an itu cuba melarikan diri selepas hukuman penjara 24 bulan dan tiga sebatan terhadapnya dikekalkan.

“Semasa diiring ke sel lokap, dia bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika berkongsi atau memuat naik sebarang kandungan di media sosial yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.