
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter dalam kejadian dianggarkan berlaku antara 5 hingga 6 petang semalam.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat pada 12.23 tengah malam.
“Penduduk kampung terlebih dahulu berusaha mencari mangsa namun gagal. Hasil pencarian pihak bomba berjaya menemui mangsa di dasar air, kira-kira 800 meter dari lokasi dilaporkan jatuh.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira 4.10 pagi,” katanya.