
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata kemalangan berlaku kira-kira 3.50 pagi dan bas itu membawa 28 penumpang itu dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku bas terbabit melanggar sebuah motosikal yang sebelum itu terbabas dan menyeretnya sehingga terbakar.
Arshad berkata pelanggaran itu menyebabkan lima penumpang termasuk tiga orang yang duduk di bahagian belakang terperangkap dan cedera kerana melecur.
Katanya, seorang daripada mangsa dikenali Yafarah Taj Fakrudin Hussani, 17, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah akibat badan terbakar.
“Mangsa melecur teruk ialah Peer Mohamed Kannudeen, 69, dan Anissa Begum Fakrudin Hussaini, 45, manakala dua lagi cedera ringan, iaitu Mohideenmeraal Beermohamed, 68, dan Tasmiyah Taj, 19,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.