
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kebakaran melibatkan kawasan hutan di atas bukit dengan anggaran keluasan kira-kira 1.2 hektar.
Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.02 malam. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dengan kekuatan 14 anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada 7.25 malam.
“Tiga jentera digunakan dalam operasi iaitu sebuah jentera Fire Rescue Tender, Light Fire Rescue Tender, dan satu unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan.
“Operasi turut dibantu anggota dari BBP Seri Kembangan serta dua pasukan bomba sukarela iaitu PBS Balakong dan PBS Serdang,” katanya.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Usaha pemadaman masih diteruskan di lokasi.