3 maut kontena terbakar di PTP

3 maut kontena terbakar di PTP

Tiga lagi cedera dalam kebakaran kontena atas sebuah kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata kebakaran berlaku ketika kerja memunggah kontena di bahagian bawah geladak Blok 5. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga maut dan tiga lagi cedera dalam kebakaran kontena atas sebuah kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah, berkata sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender dan kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 12.23 tengah hari tadi.

“Kejadian melibatkan enam mangsa. Tiga maut terdiri daripada lelaki Malaysia berusia 59 tahun, lelaki Filipina dan lelaki Britain berusia 40-an,” katanya menurut Malaysia Gazette.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan 26 tahun dan dua warga Filipina berusia 40-an yang cedera dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri.

Menurutnya, siasatan mendapati kebakaran berlaku ketika kerja memunggah kontena di bahagian bawah geladak (under hatch) Blok 5.

“Pemadaman awal dilakukan bomba PTP menggunakan dua tug boat, dibantu kerja ‘unloading’ oleh Quay 118,” katanya sambil menambah pihaknya membuka pos kawalan hadapan dan operasi masih dijalankan dengan kerjasama PTP sehingga kini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.