
Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki tiga sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Kuantan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, berpusing serta terbalik di lorong kiri.
Beliau berkata, penumpang depan yang juga isteri pemandu berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.
“Pemandu berusia 36 tahun cedera ringan, manakala anak perempuan pasangan itu berusia enam tahun luka di kepala dan patah tangan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.