Pelajar 14 tahun hilang di asrama ditemui selamat

Pelajar 14 tahun hilang di asrama ditemui selamat

Remaja itu ditemui orang ramai dalam keadaan lemah di sebuah masjid di Bandar Tun Razak malam tadi.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin mengesahkan pelajar tersebut sudah ditemui dan berada dalam keadaan selamat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di asrama sebuah sekolah di Cheras pada malam Khamis lalu ditemui selamat di sebuah masjid di Bandar Tun Razak malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, berita penemuan remaja itu Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi disahkan oleh ibunya Nurul Shuhada Jamaludin.

Nurul Shuhada, 38, berkata anaknya ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan berseorangan di masjid itu pada jam 10.40 malam.

“Dia sudah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk menerima rawatan. Kami belum tahu lagi apa yang berlaku terhadapnya memandangkan Daniel dalam keadaan trauma dan masih belum bercakap.

“Terima kasih atas doa semua orang yang membantu mencari Daniel sehingga dia ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kepada Harian Metro mengenai penemuan remaja berkenaan.

Semalam, polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki 14 tahun itu yang dilaporkan hilang.

Zam Halim berkata remaja itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam Khamis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.