
Katanya, pelajar berusia 17 tahun itu bertindak demikian kerana terlampau marah susulan satu hantaran gambarnya di TikTok milik rakannya itu yang didakwa mengaibkan dirinya.
“Hasil siasatan kejadian dikatakan berlaku pada 20 Okt semasa salah seorang pelajar dalam video berkenaan berada dalam kelas, telah melihat satu gambar di akaun TikTok miliknya yang mengaibkan dirinya. Video tersebut dikatakan ditular rakan sekelas.
“Oleh itu pelajar berkenaan berjumpa rakan tersebut dan bertindak menampar pipi rakan sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya ada di telefon milik rakannya,” katanya dalam kenyataan.
“Sebaliknya rakannya berkata gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan. Akibat sangat marah pelajar tersebut menampar muka rakannya itu yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya.”
Zaid berkata, mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian.
“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016 9985730,” katanya.