
TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid berkata polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu kira-kira 11 pagi.
“Pihak polis dan ambulans dari Hospital Taiping bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Razlam berkata, pihak forensik sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat dibawa ke jabatan forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Setakat ini, katanya, polis mengklasifikasikan kes itu kematian mengejut.