Wanita suspek amang seksual didakwa esok

Wanita suspek amang seksual didakwa esok

Suspek sebelum ini direman lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa berkata wanita berusia 33 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang esok. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang wanita yang ditahan sebelum ini susulan kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun di Puncak Alam, akan didakwa Mahkamah Sesyen Klang, esok.

Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Kita akan bawa suspek (wanita) untuk dituduh esok,” katanya lapor Berita Harian

Pada 4 Mei lalu, media melaporkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Ramli dilaporkan berkata, suspek berusia 33 tahun direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Dua hari kemudian, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit menyebarkan video adegan itu.

Suspek lelaki yang menetap di Bandar Sri Damansara itu memiliki dua rekod jenayah iaitu kes pemerasan dan rogol selain telefon bimbitnya dirampas bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.