
Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam mengesahkan tempoh reman Wee dilanjutkan sehingga 13 Nov.
Wee, 42, sepatutnya dibebaskan hari ini selepas menyerah diri kepada polis pada 5 Nov.
Hsieh dilaporkan bertemu Wee di sebuah hotel di ibu negara untuk membincangkan penggambaran video bersama. Dia dikatakan menemui Hsieh yang sudah meninggal dunia dalam tab mandi.
Wee ditahan pada 22 Okt di hotel itu, di mana pihak berkuasa menemui sembilan pil biru disyaki ekstasi dalam bilik itu. Dia kemudiannya diuji positif amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan THC.
Dia didakwa atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah, namun mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan.
Polis mengklasifikasikan semula kematian Hsieh sebagai kes bunuh selepas pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.