49 pegawai bank terlibat rasuah didakwa berperingkat November ini

49 pegawai bank terlibat rasuah didakwa berperingkat November ini

Semua tertuduh termasuk bekas pegawai bank itu didakwa terima rasuah untuk lantik firma guaman urus perjanjian pembiayaan kewangan.

macc sprm
Semua individu itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 melibatkan 249 jumlah pertuduhan keseluruhannya membabitkan nilai rasuah hampir RM700,000.
PETALING JAYA:
Seramai 49 pegawai dan bekas pegawai beberapa institusi perbankan yang disyaki menerima rasuah daripada beberapa firma guaman seperti yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa secara berperingkat sepanjang November ini.

Sumber berkata, SPRM telah mendapat izin mendakwa secara berperingkat individu-individu berkenaan dan semua pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

“Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma terbabit untuk menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan kewangan di beberapa institusi perbankan antara 2018 hingga 2023.

“Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024 di mana ada bayaran komisen atau upah ini dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan ini selesai,” katanya.

Menurut sumber, semua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 melibatkan 249 jumlah pertuduhan keseluruhannya membabitkan nilai rasuah hampir RM700,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.