Polis mohon lanjut reman Namewee esok

Polis mohon lanjut reman Namewee esok

Polis mahu melanjutkan reman terhadap reman penyanyi rap, Wee Meng Chee, bagi membantu siasatan.

namewee Wee Meng Chee
Penyanyi rap, Namewee, direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang warga Taiwan. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:
Polis akan mohon lanjutan reman terhadap penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, bulan lepas.

Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata permohonan akan dikemukakan esok selepas tempoh reman yang bermula Rabu lepas berakhir.

“Ya, permohonan sambungan reman terhadapnya akan dibuat esok,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pemuzik terbabit yang merupakan individu terakhir bersama pempengaruh Taiwan berkenaan iaitu Hsieh Yun Hsin, dianggap penting dalam membantu siasatan dan menyerah diri pada Rabu lepas.

Wanita berusia 33 tahun itu ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air hotel terbabit pada 22 Okt lepas, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki serta menggunakan dadah, dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.