Namewee direman 6 hari berkait kes bunuh pempengaruh Taiwan

Namewee direman 6 hari berkait kes bunuh pempengaruh Taiwan

Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata penyanyi kontroversi itu direman sehingga 10 Nov.

namewee
Wee Meng Chee, lebih dikenali sebagai Namewee, menyerah diri kepada polis pagi tadi. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee, yang lebih dikenali sebagai Namewee, direman enam hari bagi membantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yu-hsin.

Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam mengesahkan Wee direman sehingga 10 Nov.

Wee menyerah diri kepada polis pagi tadi, sambil mengatakan dia akan sesekali melarikan diri.

Menurutnya, dia telah datang ke Kuala Lumpur dari Johor selepas dipanggil polis dan bersedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

Polis semalam berkata mereka tidak dapat mengesan Wee susulan kematian Hsieh.

Difahamkan Hsieh bertemu dengan Wee di sebuah hotel di ibu negara untuk berbincang tentang penggambaran video bersama. Wee dikatakan menemui Hsieh mati di dalam tab mandi.

Wee ditahan polis pada 22 Okt di hotel berkenaan, di mana pihak berkuasa menemui sembilan pil biru yang disyaki ekstasi di dalam bilik. Dia kemudian didapati positif amphetamine, methamphetamine, ketamine dan THC.

Dia didakwa atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah tetapi mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Semalam, polis Kuala Lumpur mengklasifikasikan semula kematian Hsieh sebagai kes bunuh. Ia pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.