9 direman berkait kes tikam tegur saiz payudara

9 direman berkait kes tikam tegur saiz payudara

Suspek berusia 20 hingga 38 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sembilan suspek direman tujuh hari hingga Selasa untuk siasatan kes tikam pengurus syarikat hingga mati di Tengkera, Melaka.
PETALING JAYA:
Sembilan individu dipercayai terbabit kes tikam pengurus syarikat hingga mati di sebuah gerai makan di Tengkera, Melaka, semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Menurut Sinar Harian, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek berusia 20 hingga 38 tahun hingga Selasa ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, semua suspek berpakaian lokap dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, pada 9 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, gara-gara pertengkaran mulut kerana menegur saiz payudara seorang wanita, dipercayai punca seorang pengurus syarikat maut ditikam di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, awal pagi semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun datang ke gerai makan tersebut bersama rakan-rakannya dalam keadaan mabuk kira-kira 2 pagi.

Menurutnya, selesai makan, mangsa kemudian bercakap dengan rakan-rakannya yang menegur saiz payudara seorang wanita yang juga pelanggan di gerai itu.

Katanya, perbualan mangsa dengan rakannya itu didengari pengawal peribadi kepada wanita berusia 26 tahun itu, lalu menegur mangsa dan memberitahu bahawa wanita terbabit merupakan majikannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.