
“Mengikut kenyataan pihak berkuasa di sana pada hari pertama kejadian, mereka memaklumkan suspek sudah lari ke negara ini.
“Jadi, kita sudah berhubung dengan mereka (pihak berkuasa Thailand) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi membantu mereka,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu.
Terdahulu, media melaporkan sebahagian suspek terbabit pengeboman 11 stesen minyak di Narathiwat dipercayai melarikan diri ke Malaysia, selain bersembunyi di kawasan pergunungan dan hutan berhampiran sempadan.
Sumber keselamatan dilaporkan berkata, seorang daripada dua suspek yang ditahan kelmarin didapati membuat persiapan melarikan diri ke Malaysia ketika serbuan di Mukim Tha Saap, daerah Mueang, Yala.
Hasil soal siasat pasukan khas Bahagian Siasatan Polis Wilayah Yala mendapati, suspek 39 tahun itu sedang bersiap sedia melarikan diri ke Malaysia dalam masa terdekat.