
Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan, berkata suspek 22 tahun itu membaling rim motosikal dan menumbuk muka anggota bertugas di kaunter aduan.
Menurutnya, maklumat diterima kira-kira 3.40 petang dan suspek ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan pihak polis.
“Hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau. Dia yang kelihatan seperti kurang siuman dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk pemeriksaan lanjut, ” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, satu beg silang mengandungi sebilah pisau dan rim motosikal turut dirampas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.