Polis buru 2 suspek rompak kedai emas di Nilai

Polis buru 2 suspek rompak kedai emas di Nilai

Ketua Polis Nilai, Johari Yahya berkata suspek yang bersenjatakan pistol itu melarikan barang kemas bernilai RM60,000.

rompak
Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek menaiki sebuah motosikal dan bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, malam tadi. (Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, malam ini.

Ketua Polis Nilai, Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 8.30 malam.

“Berdasarkan maklumat awal, kedua-duanya bertutup muka serta memakai topi keledar dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 biru. Tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

“Ketika kejadian terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan. Suspek menggunakan beg penghantaran Lalamove oren dan kerugian dianggarkan RM60,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.