Lelaki ditahan ugut bapa mentua guna pedang samurai

Lelaki ditahan ugut bapa mentua guna pedang samurai

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata lelaki itu dan adiknya ditahan selepas mangsa buat laporan polis.

handcuff
Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata kedua-dua suspek ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Merotai Besar di Tawau, Sabah.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dan adiknya ditahan polis kerana mengugut bapa mentuanya dengan pedang samurai dan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Asli Merotai di Tawau, Sabah malam tadi.

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, kedua-dua suspek datang ke rumah mangsa berusia 63 tahun sebelum bertindak mengamuk dan mengeluarkan ugutan, lapor Sinar Harian.

Katanya Jasmin, siasatan awal mendapati suspek utama yang juga menantu mangsa dilihat memegang pedang samurai, manakala adik lelakinya membawa parang.

Menurutnya, kejadian berpunca apabila isteri suspek utama ingin bermalam di rumah bapanya tetapi tidak dipersetujui suspek sebelum berlaku pertengkaran.

Jasmin berkata, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan dan tindakan lanjut.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau berjaya menahan kedua-dua suspek kira-kira 12.10 tengah malam di hadapan sebuah rumah di Kampung Merotai Besar,” katanya.

Tambahnya, suspek utama berusia 39 tahun bekerja yang bekerja sebagai pemandu lori itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan ugutan dan kes pecah masuk manakala suspek kedua berusia 27 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.