Agong berkenan menerima menghadap Ismail

Agong berkenan menerima menghadap Ismail

Pertemuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dipercayai yang pertama selepas PRU15.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad berkenan menerima menghadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara petang tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Bera itu mengucapkan terima kasih kepada Sultan Abdullah kerana memberi perkenan kepadanya untuk menerima menghadap baginda yang dipercayai dipercayai berlangsung pada 2.30 petang.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam.

Pertemuan rasmi membabitkan Ismail dan Agong itu dipercayai yang pertama sejak PRU15.

Ismail berkhidmat sebagai perdana menteri kesembilan selama setahun 51 hari, menjadikannya perdana menteri Malaysia paling singkat.

Beliau menggantikan Muhyiddin Yassin yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 17 bulan.

Anwar Ibrahim kemudian dilantik sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan menggantikan Ismail selepas PRU15 pada 19 Nov lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.