
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan hasil Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan 80 dokumen hasil diterima dan diluluskan sepanjang Sidang Kemuncak Asean ke-47 dari 26 hingga 28 Okt lalu.
Dokumen itu termasuk Kenyataan Bersama Pemimpin Asean dengan Amerika Syarikat, Jepun, India, New Zealand dan Australia hasil daripada Sidang Kemuncak Asean+3, Sidang Asia Timur, Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia serta Pemimpin Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.
Menurutnya, satu lagi kejayaan penting ialah pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja yang disaksikan Anwar dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian Asean kepada Filipina, secara simboliknya menandakan peralihan kepimpinan ketika Malaysia memasuki fasa akhir selaku pengerusi bagi 2025.