Anwar menghadap TMJ

Anwar menghadap TMJ

Pengerusi PH itu pada Khamis lalu mengangkat sumpah perdana menteri ke-10 di Istana Negara selepas pelantikannya diperkenan Agong.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kanan) ketika menghadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar Facebook Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim)
PETALING JAYA:
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Perkara itu dimaklumkan melalui Facebook rasmi Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ, HRH Crown Prince of Johor yang turut berkongsi beberapa gambar pertemuan tersebut.

Turut berangkat Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, lapor Berita Harian.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada Khamis lalu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.