
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin berharap penyokong pasukan Merah Kuning itu tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan, termasuk terbabit dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apapun keputusan perlawanan.
Hantaran itu turut memaklumkan Sultan Selangor berharap setiap penyokong haruslah bersikap matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.
Sultan Sharafuddin juga mahu semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada pemain.
Baginda turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Selangor FC dan JDT, menurut hantaran itu.