
“Ketika kerajaan GPS menafikan seorang rakyat Malaysia memasuki Sarawak untuk berkempen bagi pembangkang, ia mempelawa dan membenarkan seorang lagi rakyat Malaysia Barat dengan nama keluarga Ang memasuki negeri ini dan berkempen untuk calon GPS Stampin (Lo Khere Chiang).
“Ini penyalahgunaan (kuasa) dan dwistandard yang jelas di pihak GPS dalam melaksanakan autonomi imigresen,” katanya dalam sidang media.
Chong menyifatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) “hipokrit” kerana mempelawa Ang berkempen di negeri itu, pada masa sama mengingkari slogannya “parti tempatan” dan “Sarawak Didahulukan”.
Rayer dijadualkan menghadiri sebuah ceramah di Batu Kawa malam tadi, tetapi dilarang memasuki negeri itu.
Rayer berkata, Jabatan Imigresen Sarawak tidak memberi sebarang alasan atas sekatan terhadapnya, setibanya di Kuching pada 5 petang.
Beliau menyifatkan keputusan sekatan masuk itu “tidak adil”.
Dalam pada itu, Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben turut mengesahkan sekatan ke atas Rayer.
“Beliau tidak dibenarkan masuk kerana di bawah senarai hitam pihak berkuasa negeri sejak 2016,” katanya menurut laporan Harian Metro.