Abang rakan, 4 lelaki didakwa rogol berkumpulan remaja 14 tahun

Abang rakan, 4 lelaki didakwa rogol berkumpulan remaja 14 tahun

Penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan dibuat ibu mangsa kelmarin.

Polis berkata semua suspek berusia 16 hingga 21 tahun ditahan secara berasingan semalam.
PETALING JAYA:
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disyaki menjadi mangsa rogol berkumpulan selepas dibawa rakannya ke sebuah rumah, bulan lalu.

Susulan kejadian itu lima lelaki termasuk pelajar sekolah itu berjaya diberkas di sekitar Klang, semalam.

Semua suspek berusia 16 hingga 21 tahun itu ditahan secara berasingan, kira-kira 1 pagi.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa 8.52 malam kelmarin, dalam kejadian didakwa berlaku kira-kira 8 malam 12 Ogos lalu.

“Mangsa kemudian didakwa dirogol abang rakannya itu bersama empat lagi lelaki yang baru dikenali.

“Keluarga mangsa yang menyedari perkara itu kemudian membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, hasil maklumat itu membawa kepada penahanan lima suspek bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing ke atas mereka didapati negatif dadah, suspek kini direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.